Sunday 23 October 2011

Kek Coklat Cheese Moist Kukus.


Kek Coklat seperti resipi Munira Baharum...

Bahan cheese.
250gm cream cheese
100gm gula icing
1 biji telur
60gm tepung gandum (optional)

Cara.
1. Putar cream cheese bersama gula hingga berkrim.
2. Masuk telur putar lagi.
3. Masuk tepung putar hingga sebati. Siap.

*kukus kek coklat separuh dulu...dh masak bru masukkan adunan cheese biar masak N last masuk adunan kek coklat kukus hingga masak.

Monday 10 October 2011

cornflakes madu

 Bahan2nya

60gm butter
1/4 cwn madu
1 sudu besar gula biasa
4 cwn cornflakes (diramas2 sedikit)
1/2 cwn kacang badam (dibakar dulu pd suhu 180C hingga kekuningan & sejukkan sebentar)
1/4 cwn buah ceri (opitional) - utk hiasan.

Caranya.

- Mentega,gula dan madu dimasak atas api yg kecil.
- Apabila mentega telah cair , matikan api dan ketepikan periuk tadi.
- Satukan cornflakes dan kacang badam seta buah ceri.Kemudian masukkan adunan yg dimasak tadi
  ke dlm mangkuk cornflakes..gaul hingga rata dan semua bahan disaluti madu.
- setelah itu masukkan adunan ke dlm mangkuk kertas kecik dan bole di bakar selama 8-10 minit.
    dengan suhu 180C.




Biskut Sugi / Arab

Bahan-bahan:

1 tin sedang minyak sapi
3 cwn tepung gandum   - diayak
1 cwn gula icing           - diayak

Cara.

- Gaul tepung dengan gula icing
- dah sebati masuk minyak sapi, gaul rata (jika lembik..tambah tepung lg..smpi jd doh yg lembut.)
- Buat bulat-bulat masuk dlm cup kertas.
- panaskan oven suhu 150C (ikut pd oven masing2) bakar hingga biskut masak.
- setelah biskut masak sejukkan sebentar..golekkan dengan gula halus. siap...

* adunan yg dh siap zuera bahagi 3 letak pewarna (ikut suka) zuera letak ,merah,hijau .

Wednesday 24 August 2011

Ayam Kashmir

AYAM KASHMIR
BY : DAYANG
resipi sumbangan : Azlita

1/2 kg ayam - dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak.

Bahan A.
6 biji bwg merah       - dihiris
1/2 labu bwg besar    - dihiris
3 ulas bwg putih    - dihiris
1inci halia         - dihiris
1 btg serai - diketuk
rempah 4 sekawan
daun kari.

Bahan B.
3 sb tomato puri
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato - dipotong kecil
2 biji kentang - dipotong

Caranya.
1. Panaskan minyak dan tumis semua bhn A hingga terbit bau.
2. Satukan serbuk rempah,tomato puri  & serbuk cili didlm mangkuk dan bancuhkan sikit air
3. Masukkan kedlm bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.Masuk ayam , kentang & air
   secukupnya. Biar masak.
4. Masuk tomato buah , garam & gula secukupnya.

Daging Bumbu Bali

Masakan daging nih...zuera jln2 kt blog sape lagi klu bukan Azlita.....hehehe...jenguk2 tergoda lak...tgk pada bahan2nya pun senang jer...so zuera pun cuba la buat...hmmm memang ssodap...la..en husband puji ..cakap sedap...resipi nih kalau di buat utk hidangan raya pun ok...lain dari lain kan...hehehee...Ita izin zuera share resipi nih kt sini iyer....
DAGING BUMBU BALI
BY : CHEF WAN
resipi sumbangan : Azlita

Bahan
500gm daging (dipotong nipis dan dicuci)
250ml santan
3 helai daun limau purut
2 sb kicap pekat
*5 biji buah keras
*8 bijicili merah
*3 ulas bwg putih
*1 inci halia
* 1 sudu teh serbuk kunyit
 kicap manis
garam, buah tomato dipotong 4
Bawang besar di potong bulat.

Cara.
1. Kisar bahan yg bertanda *.Panaskan minyak ,tumis bhn kisar hingga naik minyak & sedikit garing.
2. Masuk daging ,santan,d.limau purut.Kacau sebati biar kuah agak pekat.Masuk garam,kicap pekat
   & kicap manis secukup rasa & gaul sebati.
3. Masuk tomato dan bawang besar yg dipotong bualt.kacau lagi dan angkat boleh la dihidang.

Biskut Chocolate Rice

Biskut nih lak zuera amik resipi dari PU3 manja...memang best la biskut nih...byk dh zuera kek, biskut amik dr resipi PU3 manja....memang tak rugi ...sebab sedapppp...TQVM pada PU3 kerana tak lokek ilmu...dan sudi berkongsi...dgn rakan2....so zuera pun share la resipi dr PU3 nih....jom kita layan resipi nih...
Bahan A.
180gm tepung gandum (diayak)
30gm tepung jagung (diayak)
1 sudu kecil baking powder (diayak)
2 cwn cornflakes (dikisar halus)
40gm badam cincang (dibakar pd suhu 180C selama 5 minit)
50gm coklat chip
50gm coklat rice

Bahan B
150gm butter
100gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Caranya.
1. Ayak semua tepung dan satukan cornflakes,badam dan coklat ke dlm tepung.Ketepikan.
2. Pukul bahan B hingga kembang.
3. masukkan bahan A ke dlm bahan B dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
4. Canai doh setebal 1/2 inci dan terap adunan ikut suka anda. Susun diatas tin pembakar.
5. Bakar pd suhu 170-180C selama 12-15 minit atau hingga masak bergantung pd oven masing2.

Biskut Semperit

Beberapa hari lepas zuera buat biskut semperit..nih biskut fav.zuera ...zuera amik resipi nih kat Myresipi...memang sedap..,rangup..menjadi la..buat...tq to norhasmiz..zuera share resipi kt blog zuera k..

Bahan2 (lebih kurang 60-70 pcs)
200gm mentega
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung kastard
1 cwn tepung jagung
1 biji kuning telur
3/4 cwn gula icing
1 sudu teh esen vanila
coklat rice - untuk hiasan

Cara.
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur ,esen vanila. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan tepung.Gaul sehingga sebati
4. Bentukkan dengan acuan semperit.Hiaskan dengan coklat rice.
5. Bakar di dlm oven pd suhu 170C selama 15-20 min atau sehingga masak. Bergantung pada oven anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...