Sunday 26 June 2011

Sayur goreng jawa

Niha lak. menu hidangan hari minggu...simple jer... tp memang dah lama tak buat.....ada tempe..so letak lah sayur goreng jawa.. hehehe..

Bahan .

3-4 keping tempe -dipotong dadu dan digoreng sekejap..
1 kpg tahu    - dipotong dadu dan digoreng
300gm udang basah
5 btg kacang panjang - di potong hiris serong
Lada merah - dihiris serong
Tahu kering dan soon hoon - 1 peket di rendam dahulu
Tauhu jepun - digoreng  ( nih zuera masuk jer sbb ada kt peti ais..)
Sedikit santan (dlm 1 cwn....klu nk lebih..kuah leh lebihkan..)
Bwng kecil 3 biji - dihiris
bwng putih 2 biji - dihiris
1 sudu besar sos tiram

Cara.
1. Masukkan minyak. Tumis bawang kecil N putih hingga naik bau.Masukkan udang basah...masuk sos tiram...masuk sikit air...gaul rata .
2. Masuk tempe , sayur kcg panjang , santan. Biar mendidih.
3. Masuk tahu , tahu jepun , soon hoon dan tahu kering, lada merah. Letak garam secukupnya dan gula sikit.
4. Siap dimasak bolelah dihidang.

Kek Alunan Kasih

Semalam punya projek...teringin lak nk mkn kek alunan kasih...so zuera wat ler...hari Ahad..zuera tak pergi kemana-mana....so relax jer kt umah....apa lagi..dok membaking la...huhuhuhu..TQVM pada rakan KR..Mastura Yasak...amik resipi darinya...


Bahan-bahan.
5 biji telur
1 1/2 cwn butter / marjerin
2 1/2 cwn tpg gandum   (zuera guna tpg superfine)
1 steh baking powder 
1/2 cwn susu cair   ( zuera guna susu tepung )
1 steh esen vanila
2 cwn gula halus (zuera guna 1  1/2 cwn jer..)
serbuk koko secukupnya
pewarna ikut suka
*sedia tapis teh yg halus utk ayak serbuk koko

Cara.
1. Pukul telur dan gula smpi kembang.
2. masuk terlur satu persatu hingga kembang.
3. Masuk esen vanila ,susu cair  gaul sebati. Masuk tepung sedikit demi sedikit.
4. Bahagi adunan kpd 2 bahagian.Campur pewarna pink dan 1 bah warna kuning (ikut suka pewarna ape
   nak).
5. Grsikan loyang dgn mentega dan tabur tapung sikit.Masuk adunan pink ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama,ayak nipis2 jer.
6. Masuk lapisan kedua warna hijau ratakan perlahan-lahan (jgn smpi serbuk koko dilapisan pertama
   terangkat).Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua. Macam tuh seterusnya smpi adunan habis.
7. Bakar 45 min suhu 160C (bergantung pada oven masing2 iye.

                       

Tuesday 21 June 2011

Kek Marble Chocolate Cheese

Bahan A.
180gm butter
170gm gula castor
3 biji telur
*20gm serbuk koko
*120gm tpg naik sendiri
*1 steh baking powder
*1 steh soda bikarbonat
bhn bertanda * diayak bersama.

Bahan B.
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1st esen vanila

Cara.
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masuk telur satu persatu, masuk tepung,serbuk koko,penaik dan soda bikarbonat .Gaul rata.
3. Di sebuah bekas lain , pukul kesemua bahan B hingga kembang.
4. Tuang separuh bahagian adunan A ke dlm loyang 8" dan ratakan.
5. Kemudian tuang semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuang bai adunan bahan A. Bakar di oven suhu 160C selama 60 minit. Suhu ikut bergantung pada oven masing2.

Nasi Ayam



Bhn utk nasi ayam
5 cwn beras
6 cwn air
1 kiub pati ayam knorr
1 btg serai di titik
daun pandan 1 helai
*6 ulas bwg merah
*5 biji bwg putih
*1" halia
Caranya.
- Basuh beras dan toskan. Masuk dlm periuk dan ketepikan.
- Kisar bhn yg bertanda *. Panaskan minyak . Tumis bhn kisar hingga naik bau.
- Masuk kiub ayam ,tambah air.Biar didih. Masuk garam,serai dan biar didih sekejap.
- Tuang kedlm periuk berisi beras. Masuk d.pandan dan masak seperti biasa.

Bhn utk Ayam.
10-12 ketul ayam dipotong besar
1sb serbuk jintan manis
1sb serbuk jintan putih
1sb serbuk ketumbar
1sb serbuk kunyit
garam
-bhn2 diatas diperap bersama ayam dan digoreng.

Bhn utk sup
Ayam dipotong kecil2
2 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah
1" halia
rempah tumis
rempah sup 1 paket
Hiasan : daun sup dan bwg goreng

Caranya
- Panaskan minyak & tumis bwg putih dan bwg merah bersama rempah tumis hingga naik bau.
- Masuk rempah sup masak hingga pecah minyak. (jika kering masukkan sikit air)kacau.
- Masuk ayam dan air secukupnya. Biar didih dan masuk garam secukupnya.

Bhn utk sos cili
8 biji lada merah - dibuang bijinya.
6 ulas bwg putih
bhhn diatas di kisar.

Caranya.
- Panaskan minyak dan tumis bhn kisar hingga naik bau.
- Masuk gula,garam secukup rasa. Biar pekat.

Monday 20 June 2011

Ikan Talapia Masak Berlada

Bahan.
3 ekor ikan talapia hitam - digoreng dahulu
*2 ulas bwg putih
*1 biji bwg besar
*sedikit kunyit hidup
*5 biji cili merah
*sedikit halia
*1 btg serai - di titik
sedikit lengkuas - dititik

Cara.
1. Bahan yg bertanda * di kisar. (lada merah klu nk tumbuk pun bole) zuera blender jer semua....
2. Tumis bhn kisar hingga naik bau,masuk lengkuas dan sedikit jer air...masuk garam ,gula secukup rasa.
3. Masuk air asam sedikit ...kacau rata. Agak2 pekat masuk ikan talapia yg telah digoreng tadi..gaul rata.
   Siap utk dihidangkan....

Sunday 19 June 2011

Tutty Fruity cake

Pada 19June 2011 merupakan Hari Bapa...so.zuera buat kek nih...skodeng kt blog Azlita...tgk mcm sedap jer...so zuera teringin nak buat..sempena hari bapa Zuera buat kek nih...mcm span kek nih....tp zuera wat x la secantik tuan punya resipi..hehehe...bole la utk mkn.kan...jom tgk resipi nya..di sini.... zuera wat 1/2 adunan jer...telurnya x sanggup ...byk guna tuh....zuera wat 300gm putih telur jer dh 12 biji telur gred C.

Bhn 1.
600ml putih telur  
275ml gula pasir ( zuera kisar gula pasir...smpi halus)
1/4 st garam
14gm ovalette

bhn 2.
campurkan dan ayak
300gm tpg gandum
1st baking powder

Bhn 3.
75gm marjerin di cairkan

Bhn 4
Pewarna kuning & paste oren
pewarna merah & paste strawberry
pewarna hijau & paste lemon
pewarna coklat & paste emulco

Cara.
1. bhn 1 dipukul putih telur  smpi kembang. Masuk gula sedikit demi sedikit dan terus memukul. Tambah ovalette & garam pukul smpi kembang.
2. masukkan bhn 2 yg telah diayak ,masuk sedikit demi sedikit pukul hingga rata.
3. Tuang bhn 3 dan kacau perlahan2 dgn spatula hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kpd 4 bah., setiap bah.di letakkan paste & pewarna ikut kegemaran.
5. Sediakan loyang 30 x 10 x T4cm yg disapu dgn sedikit butter & dialas  kertas minyak.
6. tuang 1 bah.adunan berwarna kedlm loyang dan ratakan, kukus kedlm bekas pengukus yg telah dipanaskan terlebih dulu & kukus selama 15 minit.
7. Setelah masak 1 paisan, tuangkan lagi adunan yg ke-2, ulangi langkah yg sama utk setiap adunan hingga habis& masak sepenuhnya.
8. Angkat dan sejukkan baru di potong.

Selamat mencuba.
 

Friday 17 June 2011

Kuih Lapis Pelangi

Bahan.
240gm tpg beras
120gm tpg gandum
240gm gula
200ml santan pekat
1 liter air ( sy kurangkan)
1 steh garam
1 steh esen rose
1 steh minyak jagung
pewarna hijau,kuning ,merah , purple ,biru , pink.

Cara.
1. Masukkan gula,santan,tpg beras, tpg gandum,myk jagung,esen rose dan garam dan separuh air ke dlm
  pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air , kacau rata dan tapis.
2. Bahagikan adunan kpd 7 bah. dan warnakan setiap lapisan dgn warna yg berlainan.
3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan diikuti dgn warna lain ulangi proses melapis hingga habis.
4. Untuk lapisan yg terakhir, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Kuih Lompang

Bhn.
3 cwn tepung beras
1/.2 cwn tepung ubi
1 cwn gula pasir
1 sb air kapur
daun, pandan , kelapa parut putih.

cara.
'- 1 cwn air dimasak dgn gula pasir (letak d.pandan). Sejukkan air gula yg dimasak tadi.
'- Masuk air gula  ke dlm tpg beras, tpg ubi & air kapur  masuk 3 cwn air. Gaul sebati.
- Bahagikan kpd beberapa bahagian letak pewarna pilihan.
- sapu sedikit marjerin pada acuan.tuang adunan td dlm acuan lompang. Kukus selama 20 minit.
- Hidang dgn kelapa parut putih.

Agar-Agar Tembikai.

Bahan-bahan.
25gm serbuk agar-agar
350gm gula pasir   - zuera guna 280gm jer..
1000ml air
4 biji putih telur
1 steh esen rose

Hiasan
2 steh pewarna merah (utk isi tembikai)
1 steh pewarna hijau (utk kulit tembikai)
kismis / blackcurrent sebagai biji
berus utk mewarna kulit tembikai

Cara.
1.basahkan mangkuk atau loyang. telengkupkan.
2. Masak serbuk agar2,gula dan air hingga mendidih.Masukkan esen rose dan tuangkan kedlm mangkuk
   besar yg lain.
3. Sementara itu, pukul putih telur hgga kembang. Masukkan 1 senduk agar2 panas ke dlmnya. putar hingga
   suam dan rata.
4. Kemudian masukkan putih yg dipukul tadi sedikit ke dlm agar2 sambil putar menggunakan hand whisk
  perlahan-lahan hingga licin dan tidak berketul.
5. Tuang adunan ke dlm mangkuk /loyang yg dibasahkan tadi.
6. Titikkan ditengahnya dgn 2 steh pewarna (tambah jika mau warna yg lebih terang).
7. Utk bahagian tengah tembikai , ambil lidi kacau membentuk bulatan ,tetapi jgn smpi ke dasar mangkuk.
   kemudian atur kismis sebagai biji tembikai.

Wednesday 15 June 2011

Kek Oren

Bahan.
2 biji telur (Asing putih & kuning)
1/2 cwn butter
3/4 gula castor
sedikit limau yg diparut kulit jer
1 cwn tepung kek
1/2 cwn perahan air limau

Cara.
* Panaskan oven. Pukul butter , gula  & kulit limau hingga kembang,masuk kuning telur. Masuk tepung sedikit demi sedikit cara kaup dan balik. Akhir sekali masuk air limau.
* Dibekas lain pukul putih telur hingga bertanduk. Campurkan ke dlm adunan tadi dan kaup balik.
* Lenser loyang 7 x 7 dgn marjerin dan tabur sedikit tepung.Tuang adunan dan bakar selama 40 minit.Suhu
   160C. bergantung pada oven masing2.

TQVM pada rakan KR Mem Besar dgn resipinya...rugi tak cuba..memang sedap sgt... kek nih..

Kek Carrot.

Zuera amik resipi nih dari Kak Zuraini ...TQ ye kak...share resipi...jadi timbul la idea nk wat kek hantaran utk my sis...so nih la hasilnya.....

Bahan.
5 biji telur
300gm gula castor
250ml minyak jagung
280gm tepung superfine / gandum
2 steh baking powder
1 steh soda bikarbonat
70gm walnut '- dicincang
400gm keret - diparut halus

topping
250gm cream cheese
120gm butter
120gm gula ising
- Mix hingga kembang masuk 1steh jus lemon dlm c/cheese
 coconut Hawaian utk hiasan. - Zuera cr kt kedai bakery x ada lak..so redah jer pki kelapa kering..wht to do dh x ada...hehehe

Cara utk buat kek.
* Ayak tepung dgn soda & penaik.
*Pukul telur dan gula hingga kembang masuk minyak ,tpg ,keret,walnut ,gaul guna tangan.
*Gris loyang dan bakar selama 1 jam suhu 180C .Ikut pada oven masing2.

-Keret perah layang je airnya jgn smpi keret mengering sgt.

Tuesday 14 June 2011

Bubur Jagung

Zuera skodeng kt blog Azita...tgk2 teringin lak nk makan bubur jagung.. TQWM to Azita..senang jer wat bubur jagung nih..sedap lak tuh.....anak2 minta wat lagi...hehehehe

Bahan.
2 tongkol jagung manis mentah (dihiris nipis) '-Zuera beli kt pasaraya guna jagung yg dh siap pack tuh...atau
bole guna jagung dlm tin.
4 sudu besar sagu
secubit garam
100ml santan pekat
1.5 liter air - dicampur dgn santan pekat.
3 sudu besar merah - tambah lg jika nk warnanya lebih perang. (zuera guna gula melaka)
*** Kuantiti gula merah dan gula pair hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yg dperlukan
*** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kpd byk kuah yg dperlukan.

Cara.
1. Basuh sagu dan toskan. Jgn direndam.basuh sekali lalu saja.
2. Masukkan jagung , santan pekat yg telah dicampur adgn air, dan juga garam ke dlm periuk.
3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
4. Masukkan pula sagu ,gula merah dan gula pair.Kacau hingga sagu bertukar memjadi jernih.
5. Siap utk dihidangkan.Sesuai utk minuman petang.

Slice Cheese Choc Cake

Bahan.
5 keping slice cheese
200ml susu tepung
5 biji telur gred C
70gm tepung kek Blue Key
70gm butter
70gm gula castor
1sb coklat emulco

Cara.
1. Koyakkan cheese kecil2 dan masukkan dlm 200ml susu , masak atas api perlahan hingga larut(kacau
    selalu).Bila cheese dah larut ,masukkan butter dan tutup api..ketepikan.
2. Asingkan putih dan kuning telur.Pukul putih telur dgn gula hingga kembang dan ketepikan. Kemudian pukul kuning telur pula hingga kembang , bila dh kembang masukkan adunan cheese tadi dan kacau sebati.
 masuk coklat emulco. kacau.
3.masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan.kemudian masukkan adunan putih telur tadi ,kaup dan balik guna senduk/spatula hingga adunan sebati.
4. Sapu loyang dgn butter dan tuangkan adunan dlm loyang.
5. Panaskan oven pd suhu 170C selama 20 minit,kemudian masukkan loyang dan bakar secara steam bake
pada suhu 140C selama 40 minit .

Resipi nih dari Suzila Abdullah di KR.

Cheese Cake

Zuera ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Kak Zu. Dengan resipinya...dapat la wat bisnes kit2.Memang menjadi resipi dr Kak Zu.Kak Zu memang x lokek ilmunya...so zuera pun share la resipinya di
sini ...

Bahan.
140gm gula halus
6 biji putih telur
1/4 cream of tartar
50gm mentega
250gm cream cheese
6 biji kuning telur
100ml susu segar
1sb jus lemon
60gm tepung kek
20gm tepung jagung.

Cara.
1. Cairkan cream cheese,mentega dan susu diatas air (double boiler).Biarkan sejuk sedikit. Campurkan tepung jagung, tpg kek dan kacau sehingga sebati. Tambahkan kuning telur dan jus lemon.
2. Pukul putih telur dgn cream of tartar sehingga sedikit kembang.
3. Campurkan 1 dan 2.
4. Masukkan adunan ke dlm acuan yg disediakan dan ditabur tepung.
5. Bakar (double boiler) pada suhu 160C selama 1 jam sehingga kek masak.

Kek Coklat Moist


Resipi nih zuera dpt dr rakan KR Kak Munira Baharum...memang menjadi kek nih ....kek yg simple dan
senang dibuat....

Bahan A.
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
*semua bahan diatas digaul sebati dan masak atas api perlahan.
*rehat sekejap bila dah sebati.

Bahan B.
3/4 cwn tepung gandum
1 suduteh soda bikarbonat
1 suduteh baking powder
*semua bahan B nih diayak.

Bahan C.
4 biji telur '- blender jer.

Cara.
'- Satukan bhn B dan bhn C kedlm bhn A. Secara berselang seli dan gaul dgn senduk , bila sebati letak
   adunan dlm loyang disapu minyak.(jika adunan berketul bole tapis adunan tuh.)
Kukus dlam 30-45 minit.
* Loyang kena panaskan dulu sebelum masukkan adunan kek.

utk topping Fudge Coklat
3/4 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
3/4 cwn gula
1 st esen vanila
1 sb mentega
Cara : Satukan semua bhn dlm periuk,masak api kecil & sentiasa kacau hingga pekat. Tutup api masuk
          mentega biar sekejap. Curah atas kek.

Kek Lapis Cheese Strawberry


First time wat kek lapis nih...fuhh punya la penat...dok tunggu lapis setiap lapis...patut ar kek lapis ..mahal kan...membuatnya utk 1 buku kek mkn masa 2 jam...br siap...huhuhuhu....zuera buat pun saj2 utk mkn2 ..TQVM pada tuan punya resipi..Kak InaKL...memang sodap kek nih...

Bahan-bahan.
450gm mentega - zuera guna butterlite jer...
250gm cream cheese
1 smkn ovalette
150gm gula halus
10 biji telur
1 tin(kira-kira 400gm) susu pekat manis
300gm tepung Hong Kong - ayak ok.
100gm Horlick
180gm jem strawberry -zuera guna filling strawberry.
1 steh esen strawberry
sedikit pewarna merah/pink (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)

Cara.
1. Pukul mentega/butter,cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit2 dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya , perlahankan speed mixer anda & masukkan susu manis.Pukul sebentar.
5. Kemudian , perlahankan lagi speed mixer dan bubuh tepung H.K dan horlicks.Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kpd 2 bah.Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem strawberry,esen s/berry
    dan pewarna merah.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10" x 7" atau 8" x 8" yg telah di alas kertas minyak & digris pd dasar
    loyang dan sekelilingnya.Suhu kira-kira 180C . Ikut pd oven masing2 ..
8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dlm loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak.
   Utk lapisan kedua hingga akhir , tukarkan suhu oven kpd api atas jer(grill).Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga , ambil 2 senduk adunan s.berry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini
   sehingga habis semua adunan.

Selamat mencuba.

Wednesday 1 June 2011

Claypot Tauhu Jepun.

Zuera dapt resipi ni dari sumber majalah MW sajian Selera. So jom zuera share resipinya...
Bahan-bahan.
1 batang tauhu Jepun (digoreng terlebih dahulu)
50gm udang basah
5 ulas bwn putih - kisar halus
sedikit lobak merah
5 kuntum bunga kobis
2 btg jagung muda - dipotong kecil
sedikit cendawan butang
sedikit cendawan hitam
3 tangkai kacang kelisa
1 st kicap pekat
1 st tepung ubi
sedikit minyak.

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih. Masuk udang dan semua bahan sayuran dia atas bersama sos
   tiram.
2. Masukkan sedikit air dan kacau. Tambahkan serbuk perisa dan kicap pekat, kacau lagi.
3. Masukkan tepung ubi yg telah di bancuh dgn air utk memekatkan masakan.
4. Biarkan seketika dan angkat. Siap utk dihidang.

Donut Mayo.

Bahan.
330gm tepung gandum
1sb susu tepung
3 sb gula
1 1/2 cmt yis mauripan
1 biji telur - dipukul
140ml air suam
 1  1/2 sb marjerin
1  1/2 sb mayonis

Caranya.
1. Campurkan semua bahan.Ramas hingga adunan tak melekit ditangan.
2. Perap doh , biar naik 2x ganda.
3. Bila adunan dah naik, tumbuk2 doh tadi utk buang angin , bahagikan pada bola2 kecil.
4. Bentukkan jadi donat dan biar adunan naik 2x ganda.
5. Agak2 dah nampak naik, goreng dan salut gula or coklat.

Baked Potato

Jom kita cuba resipi nih....TQVM to PU3 ...zuera dah cuba buat ..memang waaa lahhh...so zuera share resipi k...rugi tak cuba tau....dah buat..anak2 request minta buat lagi...huhuhuhu

Bahan.
7 biji kentang / Hash Brown
300gm daging cincang (nk letak ayam pun ok)
1 tin cendawan butang - potong kecik2
Mozarella cheese secukupnya...'- lagi byk lagi sodap...
nak letak bhn2 lain pun ok..
1 biji bwg besar '- dicincang
1 biji bwg putih '- dicincang
sedikit ikan bilis - ditumbuk
sedikit halia '- dicincang
1 sk rempah kari daging
sedikit garam.

Caranya.
1. Goreng kentang/hash brown sebentar. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bhn cincang/tumbuk tadi hingga garing dan naik bau.
3. Masuk daging cincang dan rempah kari.Taburkan secukup rasa garam dan gaul hingga air daging kering
4. Ramas2 kan kentang/hash brown(tak perlu terlalu hancur) masukkan ke dlm daging serta cendawan butang . Taburkan secukup garam. Gaul rata.
5. Setelah air daging kering angkat dan masukkan ke dlm ramekin(mangkuk tahan panas)
6. Taburkan Mozarella cheese diatasnya. Bakar hingga masak. suhu 180C (ikut ovemn masing2 ).

Selamat mencuba.....

Ayam Bakar Mayonis

Reseipi nih zuera skodeng kt blog Azlita...memang sodap...peh..So Azlita..minta izin zuera share resipi kt blog zuera iye....hehehe...
Bahan.
6 ketul peha ayam
1 sb mayonis
1 kuib ayam
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
Lada Hitam '- ditumbuk
2 ulas bwg putih '- ditumbuk
1/2 cm halia '- ditumbuk

Caranya.

1. Perap semua bahan 1/2 jam . (zuera perap 2-3 jam) hehehe nk lagi mesra bhn tuh...
   lagi lama diperap..lagi sodap..
2. Bakar hingga masak... ( zuera bakar dlm oven..)
3. Makan panas2... fuh pat jer licin...

Kek Sarang Semut

Bahan-bahan.
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sb butter/marjerin
- Gula dimasak atas api perlahan hingga keperangan.Masuk air panas perlahan2. tutup api.masuk butter.
   tutup api. Sejukkan.

Bahan utk kek.
1 cwn tpg gandum
1 cwn susu pekat
4 biji telur
1 1/2 steh soda bikarbonat
1 st esen vanila

Caranya.
1. Ayak tepung & soda bikarbonat.Pukul telur hingga kembang.
2. Masuk susu pekat - pukul hingga kembang masuk esen vanila dan bhn ayak tadi(tpg) pukul lagi.
3. Masuk gula hangus,kalau berketul tapis adunan.kacau.
4. Perapkan 4 jam dlm bekas. Tutup perap. (zuera perap 3 jam jer)
5. Dlm 4 jam gris loyang dgn butter & tuang adunan.Bakar 40 minit suhu 160C .Api bawah saja .Suhu ikut pd oven masing2 iye. Setelah kek masak biar kek dlm oven selama 10 min agar ia masak dgn haba saja.
6. Keluarkan kek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...