Sunday, 26 June 2011

Sayur goreng jawa

Niha lak. menu hidangan hari minggu...simple jer... tp memang dah lama tak buat.....ada tempe..so letak lah sayur goreng jawa.. hehehe..

Bahan .

3-4 keping tempe -dipotong dadu dan digoreng sekejap..
1 kpg tahu    - dipotong dadu dan digoreng
300gm udang basah
5 btg kacang panjang - di potong hiris serong
Lada merah - dihiris serong
Tahu kering dan soon hoon - 1 peket di rendam dahulu
Tauhu jepun - digoreng  ( nih zuera masuk jer sbb ada kt peti ais..)
Sedikit santan (dlm 1 cwn....klu nk lebih..kuah leh lebihkan..)
Bwng kecil 3 biji - dihiris
bwng putih 2 biji - dihiris
1 sudu besar sos tiram

Cara.
1. Masukkan minyak. Tumis bawang kecil N putih hingga naik bau.Masukkan udang basah...masuk sos tiram...masuk sikit air...gaul rata .
2. Masuk tempe , sayur kcg panjang , santan. Biar mendidih.
3. Masuk tahu , tahu jepun , soon hoon dan tahu kering, lada merah. Letak garam secukupnya dan gula sikit.
4. Siap dimasak bolelah dihidang.

Kek Alunan Kasih

Semalam punya projek...teringin lak nk mkn kek alunan kasih...so zuera wat ler...hari Ahad..zuera tak pergi kemana-mana....so relax jer kt umah....apa lagi..dok membaking la...huhuhuhu..TQVM pada rakan KR..Mastura Yasak...amik resipi darinya...


Bahan-bahan.
5 biji telur
1 1/2 cwn butter / marjerin
2 1/2 cwn tpg gandum   (zuera guna tpg superfine)
1 steh baking powder 
1/2 cwn susu cair   ( zuera guna susu tepung )
1 steh esen vanila
2 cwn gula halus (zuera guna 1  1/2 cwn jer..)
serbuk koko secukupnya
pewarna ikut suka
*sedia tapis teh yg halus utk ayak serbuk koko

Cara.
1. Pukul telur dan gula smpi kembang.
2. masuk terlur satu persatu hingga kembang.
3. Masuk esen vanila ,susu cair  gaul sebati. Masuk tepung sedikit demi sedikit.
4. Bahagi adunan kpd 2 bahagian.Campur pewarna pink dan 1 bah warna kuning (ikut suka pewarna ape
   nak).
5. Grsikan loyang dgn mentega dan tabur tapung sikit.Masuk adunan pink ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama,ayak nipis2 jer.
6. Masuk lapisan kedua warna hijau ratakan perlahan-lahan (jgn smpi serbuk koko dilapisan pertama
   terangkat).Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua. Macam tuh seterusnya smpi adunan habis.
7. Bakar 45 min suhu 160C (bergantung pada oven masing2 iye.

                       

Tuesday, 21 June 2011

Kek Marble Chocolate Cheese

Bahan A.
180gm butter
170gm gula castor
3 biji telur
*20gm serbuk koko
*120gm tpg naik sendiri
*1 steh baking powder
*1 steh soda bikarbonat
bhn bertanda * diayak bersama.

Bahan B.
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1st esen vanila

Cara.
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masuk telur satu persatu, masuk tepung,serbuk koko,penaik dan soda bikarbonat .Gaul rata.
3. Di sebuah bekas lain , pukul kesemua bahan B hingga kembang.
4. Tuang separuh bahagian adunan A ke dlm loyang 8" dan ratakan.
5. Kemudian tuang semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuang bai adunan bahan A. Bakar di oven suhu 160C selama 60 minit. Suhu ikut bergantung pada oven masing2.

Nasi Ayam



Bhn utk nasi ayam
5 cwn beras
6 cwn air
1 kiub pati ayam knorr
1 btg serai di titik
daun pandan 1 helai
*6 ulas bwg merah
*5 biji bwg putih
*1" halia
Caranya.
- Basuh beras dan toskan. Masuk dlm periuk dan ketepikan.
- Kisar bhn yg bertanda *. Panaskan minyak . Tumis bhn kisar hingga naik bau.
- Masuk kiub ayam ,tambah air.Biar didih. Masuk garam,serai dan biar didih sekejap.
- Tuang kedlm periuk berisi beras. Masuk d.pandan dan masak seperti biasa.

Bhn utk Ayam.
10-12 ketul ayam dipotong besar
1sb serbuk jintan manis
1sb serbuk jintan putih
1sb serbuk ketumbar
1sb serbuk kunyit
garam
-bhn2 diatas diperap bersama ayam dan digoreng.

Bhn utk sup
Ayam dipotong kecil2
2 ulas bwg putih
4 ulas bwg merah
1" halia
rempah tumis
rempah sup 1 paket
Hiasan : daun sup dan bwg goreng

Caranya
- Panaskan minyak & tumis bwg putih dan bwg merah bersama rempah tumis hingga naik bau.
- Masuk rempah sup masak hingga pecah minyak. (jika kering masukkan sikit air)kacau.
- Masuk ayam dan air secukupnya. Biar didih dan masuk garam secukupnya.

Bhn utk sos cili
8 biji lada merah - dibuang bijinya.
6 ulas bwg putih
bhhn diatas di kisar.

Caranya.
- Panaskan minyak dan tumis bhn kisar hingga naik bau.
- Masuk gula,garam secukup rasa. Biar pekat.

Monday, 20 June 2011

Ikan Talapia Masak Berlada

Bahan.
3 ekor ikan talapia hitam - digoreng dahulu
*2 ulas bwg putih
*1 biji bwg besar
*sedikit kunyit hidup
*5 biji cili merah
*sedikit halia
*1 btg serai - di titik
sedikit lengkuas - dititik

Cara.
1. Bahan yg bertanda * di kisar. (lada merah klu nk tumbuk pun bole) zuera blender jer semua....
2. Tumis bhn kisar hingga naik bau,masuk lengkuas dan sedikit jer air...masuk garam ,gula secukup rasa.
3. Masuk air asam sedikit ...kacau rata. Agak2 pekat masuk ikan talapia yg telah digoreng tadi..gaul rata.
   Siap utk dihidangkan....

Sunday, 19 June 2011

Tutty Fruity cake

Pada 19June 2011 merupakan Hari Bapa...so.zuera buat kek nih...skodeng kt blog Azlita...tgk mcm sedap jer...so zuera teringin nak buat..sempena hari bapa Zuera buat kek nih...mcm span kek nih....tp zuera wat x la secantik tuan punya resipi..hehehe...bole la utk mkn.kan...jom tgk resipi nya..di sini.... zuera wat 1/2 adunan jer...telurnya x sanggup ...byk guna tuh....zuera wat 300gm putih telur jer dh 12 biji telur gred C.

Bhn 1.
600ml putih telur  
275ml gula pasir ( zuera kisar gula pasir...smpi halus)
1/4 st garam
14gm ovalette

bhn 2.
campurkan dan ayak
300gm tpg gandum
1st baking powder

Bhn 3.
75gm marjerin di cairkan

Bhn 4
Pewarna kuning & paste oren
pewarna merah & paste strawberry
pewarna hijau & paste lemon
pewarna coklat & paste emulco

Cara.
1. bhn 1 dipukul putih telur  smpi kembang. Masuk gula sedikit demi sedikit dan terus memukul. Tambah ovalette & garam pukul smpi kembang.
2. masukkan bhn 2 yg telah diayak ,masuk sedikit demi sedikit pukul hingga rata.
3. Tuang bhn 3 dan kacau perlahan2 dgn spatula hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kpd 4 bah., setiap bah.di letakkan paste & pewarna ikut kegemaran.
5. Sediakan loyang 30 x 10 x T4cm yg disapu dgn sedikit butter & dialas  kertas minyak.
6. tuang 1 bah.adunan berwarna kedlm loyang dan ratakan, kukus kedlm bekas pengukus yg telah dipanaskan terlebih dulu & kukus selama 15 minit.
7. Setelah masak 1 paisan, tuangkan lagi adunan yg ke-2, ulangi langkah yg sama utk setiap adunan hingga habis& masak sepenuhnya.
8. Angkat dan sejukkan baru di potong.

Selamat mencuba.
 

Friday, 17 June 2011

Kuih Lapis Pelangi

Bahan.
240gm tpg beras
120gm tpg gandum
240gm gula
200ml santan pekat
1 liter air ( sy kurangkan)
1 steh garam
1 steh esen rose
1 steh minyak jagung
pewarna hijau,kuning ,merah , purple ,biru , pink.

Cara.
1. Masukkan gula,santan,tpg beras, tpg gandum,myk jagung,esen rose dan garam dan separuh air ke dlm
  pengisar dan kisar hingga adunan tepung tidak berketul. Tambah baki air , kacau rata dan tapis.
2. Bahagikan adunan kpd 7 bah. dan warnakan setiap lapisan dgn warna yg berlainan.
3. Kukus lapisan pertama selama 5 minit dan diikuti dgn warna lain ulangi proses melapis hingga habis.
4. Untuk lapisan yg terakhir, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus lagi lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...